Followers

Monday, 16 April 2012

main HUJAN kat sekolah...


Huhu…

Tadi main hujan best sangat …Kenapa tak nak join sekali rugi la…
Tadi ingat ada kelas hikmah rupanya tak ada,
Masa aku pergi double A utk printer kerja kursus aku…. Lepas habis print ken mula2 hujan renyai2 lepastu masa dah nak sampai ke sekolah terus lebat…
Masa masuk sekolah tu aku terus pergi ke koperasi sebab nak amik beg…
Lepas tu aku masuk perpustakaan nak pulang dan pinjam buku cerita … bukan ilmiah pon tapi berasaskan cerita yang tak bawa faedah…
Lepas tu aku pergi solat…
Lepastu aku main hujan … horey… ko tau aku main hujan memang best.. masa tu nak beli pisang gorong kat gerai dekat sekolah agama tu… masa tu acik yang menjual tu siap bebel lagi… “kamu ni jalan lenggang kangkung redah hujan” isk 3x… memang tak ada keje… mcam orang jakun hehe…

(geram sebab boleh terpadam … sengal aku dah tak ingat apa yang aku tulis tadi…. Sengal gila…. )

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Ingat kelas hikmah  tu utk semua kelas rupanya tak … tapi khas untuk kelas 3 A,B dan C je… tapi ken kelas 3 G,H,I dan J cikgu akan adakan kelas jugak tapi tu cikgu yang tetapkan aku tak tau…

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Hurm hari ni aku tak Nampak kamo pon ??? … betol ke ape yang aku tulis tu…
Agak2 bila kamo sembuh ??? …
Moga2 cepat semboh AMIN….

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Hope kamo cepat sihat dan semboh amin… (came je T_T )

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Ini ada beberapa ayat ni aku buat. Entah pape je aku buat pon aku tak tau hehe :

·         Perlakuan perlu berhati-hati,
Biar hidup dapat di berkati,
Setiap amalan mungkin dapat dicontohi,
Menjadikan itu amalan yang terpuji.

·         Siapa tidak mahu masuk ke syurga,
Yang penuh dengan kenikmatannya,
Kita perlu banyak berusaha,
Dengan melakukan perintah-Nya .

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Kamo saya mahu minta maaf ek pasal cerita tu ek… maybe aku akan buang dan rasa macam geli nak dengar dan membaca ken… okey fine…

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

·         Hidup ini banyak cabaran,
Kita perlu tempuh dengan penuh kesabaran,
Kita banyak di beri peringatan,
Jangan lupa akan daratan.

·         Betulkah cinta itu buta,
Sehingga lupa pada ibu bapa,
Sekirannya dipanggil anak derhaka,
Sudah pasti hidup huru-hara.

·         Aku harap kita dapat berkawan ,
Setakat teman biasa-biasa sahaja,
Walaupun hidup dalam ambangan,
Seharusnya kita mencuba.

·         Kita hanya manusia biasa,
yang hidup di atas dunia.

·         Mencuba biar berpada-pada,
Mencubalah perkara bukan larangan-Nya,
Jangan hanya menyusahkan ibu bapa,
Hidup ini hanya sementara.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

HASIL KARYA HTTP://NORAKACAU1997.BLOGSPOT.COM … terpelihara dari fikiran manusia tetapi bukan dari saya…

Yang benar,



No comments:

Post a Comment